Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إياكم والزِّنا فإِنَّ فيه ستَّ خصالِ : ثلاثًا في الدنيا , وثلاثًا في الآخرِةِ ، فأمَّا اللواتِي في الدنيا فإِنَّه يَذْهَبُ بالبهاءِ ، ويورِثُ الفقْرَ ، ويُنْقِصُ الرِّزْقَ ، وأما اللواتي في الآخِرَةِ : فإِنَّهُ يورِثُ سخَطَ الرَّبِ ، وسوءَ الحسابِ ، والخلودَ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu akan zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan di dunia adalah, hilangnya seri pada wajah, terputusnya rezeki, dan cepatnya kebinasaan. Keburukan di akhirat pula adalah, kemurkaan Tuhan, hisab yang susah, dan kekal di dalam neraka kecuali jika Allah mahu (mengubahnya).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis no. 3899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إياكم والزنا، فإنّ في الزنا ست خصال، ثلاث في الدنيا، وثلاث في الآخرة، فأما اللواتي في دار الدنيا، فذهاب نور الوجه، وانقطاع الرزق، وسرعة الفناء، وأما اللواتي في الآخرة، فغضب الرب، وسوء الحساب، والخلود في النار، إلا أن يشاء الله)). [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (142)].
(Palsu) Daripada Anas RA berkata secara marfu’: ((Jauhilah kamu akan zina kerana pada zina itu ada enam keburukan. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Keburukan di dunia adalah, hilangnya seri pada wajah, terputusnya rezeki, dan cepatnya kebinasaan. Keburukan di akhirat pula adalah, kemurkaan Tuhan, hisab yang susah, dan kekal di dalam neraka kecuali jika Allah mahu (mengubahnya))). [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 142]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman