Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكم ومُحادثةَ النِّساءِ ؛ فإنَّهُ لا يخلو رجلٌ بامرأةٍ ليسَ لَها مَحرمٌ إلَّا همَّ بِها.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kalian daripada perbualan dengan wanita. Sesungguhnya tidak akan aman seorang lelaki dengan wanita yang tiada mahramnya kecuali lelaki tersebut menghendakinya.
Sahabat Perawi
- Sa’ad bin Mas’ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis no. 4985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن مسعود قال، قال رسول الله ﷺ: إياكم ومحادثة النساء، فإنه لا يخلوا رجل بامرأة ليس لها محرم إلا هم بها. [الحكيم الترمذي في ((كتاب أسرار الحج))، ((الضعيفة)) 6057].
(Lemah) Daripada Sa’ad bin Mas’ud dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kalian daripada perbualan dengan wanita. Sesungguhnya tidak akan aman seorang lelaki dengan wanita yang tiada mahramnya kecuali lelaki tersebut menghendakinya. [Riwayat al-Hakim al-Tirmizi dalam Asrar al-Hajj. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6057].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman