Jauhilah kalian akan pintu-pintu penguasa dan para pengiringnya

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا أبواب السلطان وحواشيها، فإن أقرب الناس من السلطان وحواشيها أبعدهم من الله، ومن آثر سلطانا على الله جعل الله الفتنة في قلبه ظاهرة وباطنة، وأذهب عنه الورع، وتركه حيران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah kalian akan pintu-pintu penguasa dan para pengiringnya, kerana sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan penguasa dan para pengiringnya adalah yang paling jauh dari Allah. Sesiapa yang mengutamakan penguasa ke atas Allah, Allah menjadikan fitnah (bencana) dalam hatinya secara zahir dan batin, Dia menghilangkan darinya kewarakan, dan Dia membiarkan dia kehairanan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1978, hadis nombor 9897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((اتقوا أبواب السلطان وحواشيها، فإن أقرب الناس من السلطان وحواشيها أبعدهم من الله، ومن آثر سلطانا على الله جعل الله الفتنة في قلبه ظاهرة وباطنة، وأذهب عنه الورع، وتركه حيران)).
[أبو نعيم في ((الأخبار))، فر، ((الضعيفة)) (1698)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kalian akan pintu-pintu penguasa dan para pengiringnya, kerana sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan penguasa dan para pengiringnya adalah yang paling jauh dari Allah. Sesiapa yang mengutamakan penguasa ke atas Allah, Allah menjadikan fitnah (bencana) dalam hatinya secara zahir dan batin, Dia menghilangkan darinya kewarakan, dan Dia membiarkan dia kehairanan.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1698]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs