Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتَّقوا أبوابَ السُّلطانِ وحَواشيها، فإنَّ أقربَ النَّاسِ من السُّلطانِ و حواشيها أبعدُهم منَ اللهِ، ومَن آثرَ سلطانًا على اللهِ جعلَ الله الفِتنةَ في قلبِهِ ظاهرةً باطنةً، وأذْهبَ عنْهُ الورَعَ، وترَكه حيرانَ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kalian akan pintu-pintu penguasa dan para pengiringnya, kerana sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan penguasa dan para pengiringnya adalah yang paling jauh dari Allah. Sesiapa yang mengutamakan penguasa ke atas Allah, Allah menjadikan fitnah (bencana) dalam hatinya secara zahir dan batin, Dia menghilangkan darinya kewarakan, dan Dia membiarkan dia kehairanan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1978, hadis no. 9897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((اتقوا أبواب السلطان وحواشيها، فإن أقرب الناس من السلطان وحواشيها أبعدهم من الله، ومن آثر سلطانا على الله جعل الله الفتنة في قلبه ظاهرة وباطنة، وأذهب عنه الورع، وتركه حيران)). [أبو نعيم في ((الأخبار))، فر، ((الضعيفة)) (1698)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kalian akan pintu-pintu penguasa dan para pengiringnya, kerana sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan penguasa dan para pengiringnya adalah yang paling jauh dari Allah. Sesiapa yang mengutamakan penguasa ke atas Allah, Allah menjadikan fitnah (bencana) dalam hatinya secara zahir dan batin, Dia menghilangkan darinya kewarakan, dan Dia membiarkan dia kehairanan. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1698]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman