Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تنقَّهْ، وتوقَّهْ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah (dosa) dan berhati-hatilah (dengan hukumannya).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: تنقه، وتوقه. [عق، طب، حل، تمام، الخلدي في جزء من ((فوائده))، أبو العباس ابن المنير في (( المجلس الخامس من الأمالي))، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل)) و ((الأمثال))، الخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (628)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar - Raḍiyallāhu ‘anhuma - secara Marfu’: “Jauhilah (dosa) dan berhati-hatilah (dengan hukumannya).” [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, Tammam, al-Khuldi dalam Juz’ min Fawaid, Abu al-’Abbas Ibn al-Munir dalam al-Majlis al-Khamis Min al-Amali, al-Ramahurmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil dan al-Amthal serta al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 628]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman