Jauhilah doa-doa orang yang dizalimi

TEKS BAHASA ARAB

اجتنبوا دعوات المظلوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhilah doa-doa orang yang dizalimi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis nombor 7288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، عن ﷺ أنه قال: اجتنبوا دعوات المظلوم.
[تخ، ع، ((الضعيفة)) (2127)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id RA daripada Nabi Allah SAW bahawa Baginda bersabda: Jauhilah doa-doa orang yang dizalimi.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan Abu Ya'la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2127]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.