Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اجتَنِبوا دَعَواتِ المظلومِ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah doa-doa orang yang dizalimi.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis no. 7288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد رضي الله عنه، عن ﷺ أنه قال: اجتنبوا دعوات المظلوم. [تخ، ع، ((الضعيفة)) (2127)]
(Lemah) Daripada Abi Sa'id RA daripada Nabi Allah SAW bahawa Baginda bersabda: Jauhilah doa-doa orang yang dizalimi. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan Abu Ya'la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2127]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman