Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Jauhilah debu-debu kerana daripada (debu) itulah terjadinya asma (sesak nafas)

Teks Bahasa Arab

تنَكَّبوا الغُبارَ؛ فإنَّهُ منهُ تكونُ النَّسَمةُ.

Teks Bahasa Melayu

Jauhilah debu-debu kerana daripada (debu) itulah terjadinya asma (sesak nafas)

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis no. 5894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أعلم له أصلا): ((تنكبوا الغبار؛ فإنه منه تكون النسمة)). [((الضعيفة)) (6)].

(Aku tidak mengetahui asalnya) Jauhilah debu-debu kerana daripada (debu) itulah terjadinya asma (sesak nafas). [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.