Jauhilah daripada memukul kanak-kanak

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه صلى الله عليه وآله وسلم مر بمرداس المعلم. فقال: إياك وحطب الصبيان، وخبز الرقاق، وإياك والشرط على كتاب الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Pernah baginda SAW lalu di tempat pengajian seorang guru lalu bersabda lalu bersabda: jauhilah kamu daripada memukul kanak-kanak, roti yang nipis, dan jauhilah dari meletakkan upah kepada mengajar kitab Allah SWT

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 277, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو موضوع.

Dan ianya palsu

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs