Jasad itu dikebumikan di tempat di mana rohnya ditarik

TEKS BAHASA ARAB

إنما تدفن الأجساد حيث تقبض الأرواح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jasad itu dikebumikan di tempat di mana rohnya ditarik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1725-1726, hadis nombor 8678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن يحي بن بهماه مولى عثمان بن عفان قال: بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم- قال: ((إنما تدفن الأجساد حيث تقبض الأرواح.)) [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1948)].

(Sangat Lemah)
Daripada Yahya bin Bahmah Mawla Uthman ibn Affan, beliau berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Jasad itu dikebumikan di tempat di mana rohnya ditarik.))
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1948].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs