TEKS BAHASA ARAB
حديث: سبابة النبي صلى الله عليه وسلم كانت أطول من الوسطى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jari telunjuk Nabi SAW lebih panjang daripada jari tengah Baginda.
STATUS
Berlaku Kesilapan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 95, hadis nombor 244. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
اشتهر على ألسنة كثيرا وسلف جمهورهم الكمال الدميري وتبعه القرطبي، وهو غلط، وإنما كان في أصابع رجليه، كما ذكره ابن حجر.
Hadith ini sangat sering disebutkan. Orang pertama yang menyatakan perkara ini ialah al-Kamal al-Damiri lalu diikuti oleh al-Qurtubi. Ucapan ini silap. Perkara ini sebenarnya berlaku pada jari-jari kaki baginda sebagaimana ucapan Ibn Hajar.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.