Jari telunjuk Nabi SAW lebih panjang berbanding jari tengah Baginda

TEKS BAHASA ARAB

سبابة النبي – صلى الله عليه وسلم – أطول من وسطاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jari telunjuk Nabi SAW lebih panjang berbanding jari tengah Baginda.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 45, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وقع ذلك في كلام الدميري وغيره وهو غلط كما قال ابن حجر وإنما كان ذلك في أصابع رجليه.

Hal tersebut terdapat dalam perbicaraan al-Damiri dan lain-lain. Ia suatu kesilapan sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hajar. Hal tersebut adalah tentang jari kaki Baginda.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs