Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأصابعُ تَجري مجرى السِّواكِ إذا لم يَكُن سواكٌ.
Teks Bahasa Melayu
Jari-jemari berfungsi seperti sugi apabila tidak mempunyai sugi.
Sahabat Perawi
- Amr bin 'Awf al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis no. 6091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف المزني رضي الله عنه مرفوعا: الأصابع تجري مجرى السواك إذا لم يكن سواك. [طس، ((الضعيفة)) (2471)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Amr bin 'Awf al-Muzani RA secara marfu': Jari-jemari berfungsi seperti sugi apabila tidak mempunyai sugi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2471]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman