Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jarak antara dua darjat adalah sejauh larian kuda selama tujuh puluh tahun

Teks Bahasa Arab

فضلُ العَالِمِ على العابدِ سبعونَ درجةً ، بينَ كلِّ درجتيْنِ حَضْرُ الفَرَسِ سبعينَ عامًا ، وذلكَ ، لأنَّ الشيطانَ يضعُ البِدَعَ للناسِ فيُبصرُها العالِمُ ، فيَنْهَى عنها ، والعابدُ مُقبلٌ على عبادةِ ربِّهِ ، ولا يتوجهُ لها ، ولا يَعرفُها.

Teks Bahasa Melayu

Kelebihan orang alim berbanding ahli ibadah adalah sebanyak 70 darjat. Jarak antara dua darjat adalah sejauh larian kuda selama 70 tahun. Demikian itu, kerana syaitan meletakkan bidaah kepada orang ramai, namun orang alim dapat melihatnya lalu dia melarang perkara tersebut, dan ahli ibadah pula menerimanya untuk ibadah kepada Tuhannya, tanpa dia berdepan dengannya dan tanpa dia ketahuinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1399, hadis no. 7095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا التمام) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: فضل العالم على العابد سبعون درجة، ما بين كل درجتين حضر الفرس سبعين عاما، وذلك، لأن الشيطان يضع البدع للناس فيبصرها العالم، فينهى عنها، والعابد مقبل على عبادة ربه، ولا يتوجه لها، ولا يعرفها. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6578)]

(Sangat munkar dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada 'Abdillah bin 'Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan orang alim berbanding ahli ibadah adalah sebanyak 70 darjat. Jarak antara dua darjat adalah sejauh larian kuda selama 70 tahun. Demikian itu, kerana syaitan meletakkan bidaah kepada orang ramai, namun orang alim dapat melihatnya lalu dia melarang perkara tersebut, dan ahli ibadah pula menerimanya untuk ibadah kepada Tuhannya, tanpa dia berdepan dengannya dan tanpa dia ketahuinya. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6578]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.