Jantungku telah disengat ular hawa nafsu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنشد رجل بحضرته:
قد لسعت حية الهوى كبدي، فلا طبيب لها ولا راقي …
إلا الحبيب الذي شغفت به، فإنه رقيتي وترياقي …
قال: فتواجد النبي صلى الله عليه وسلم، وتواجد أصحابه رضي الله عنهم، حتى سقط رداؤه عن منكبيه، فلما فرغوا أوى كل واحد إلى مكانه ثم قال صلى الله عليه وسلم: ليس بكريم من لم يهتز عند السماع. ثم قسم رداءه على من حضر أربع مئة قطعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah menyanyi dihadiri oleh baginda:
Jantungku telah disengat ular hawa nafsu, lalu tiada tabib merawatnya tiada juga tukang jampi,
Melainkan sang kekasih yang rindu padanya, sesungguhnya dialah jampiku dan penawarku,
Dia berkata lagi: Lalu bertawajud Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda juga tawajud sehingga jatuh kain ridak baginda dari bahunya. Ketika mereka selesai, setiap orang pulang ke tempatnya. Kemudian Nabi SAW berkata: Tidaklah mulia orang yang tidak bergegar ketika mendengar. Kemudian baginda membahagikan kain ridaknya kepada siapa yang hadir sebanyak empat ratus cebisan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 261, hadis nombor 467. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي حياة الحيوان: للدميري: وأما حية الهوى التي ذكرت في الحديث، الذي رواه ابن طاهر المقدسي، من حديث أنس، وصاحب العوارف أن النبي صلى الله عليه وسلم أنشد رجل بحضرته:
قد لسعت حية الهوى كبدي، فلا طبيب لها ولا راقي …
إلا الحبيب الذي شغفت به، فإنه رقيتي وترياقي …
قال: فتواجد النبي صلى الله عليه وسلم، وتواجد أصحابه رضي الله عنهم، حتى سقط رداؤه عن منكبيه، فلما فرغوا أوى كل واحد إلى مكانه ثم قال صلى الله عليه وسلم: ليس بكريم من لم يهتز عند السماع. ثم قسم رداءه على من حضر أربع مئة قطعة. فهذا حديث موضوع. كأن واضعه عمار بن إسحاق، فإن باقي رواة الإسناد ثقات. كذا قال الذهبي وغيره. وهو مما يقطع بكذبه.

Dan dalam Kitab Hayat al-Hayawan karya al-Damiriy: Dan manakala ular hawa nafsu yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Tahir al-Maqdisi, daripada hadis Anas dan tuan kepada Kitab al-’Awarif, bahawa Nabi SAW, seorang lelaki telah menyanyi dihadiri oleh baginda:
Jantungku telah disengat ular hawa nafsu, lalu tiada tabib merawatnya tiada juga tukang jampi,
Melainkan sang kekasih yang rindu padanya, sesungguhnya dialah jampiku dan penawarku,
Dia berkata lagi: Lalu bertawajud Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda juga tawajud sehingga jatuh kain ridak baginda dari bahunya. Ketika mereka selesai, setiap orang pulang ke tempatnya. Kemudian Nabi SAW berkata: Tidaklah mulia orang yang tidak bergegar ketika mendengar. Kemudian baginda membahagikan kain ridaknya kepada siapa yang hadir sebanyak empat ratus cebisan. Maka, hadis ini adalah hadis palsu. Orang yang menciptanya ialah ‘Ammar bin Ishak. Ini kerana sesungguhnya perawi-perawi sanad yang berbaki semuanya dipercayai. Beginilah kata al-Zahabi dan selainnya, dan dia adalah dari mereka yang telah diputuskan dengan pendustaannya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.