Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جُبِلَتِ القُلُوبُ على حُبِّ مَنْ أحْسَنَ إلَيْها وبغض مَنْ أساءَ إلَيها.
Teks Bahasa Melayu
Jantung-jantung (hati-hati) telah ditetapkan untuk menyukai sesiapa yang berbuat baik kepadanya dan membenci sesiapa yang berbuat jahat kepadanya.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 30, hadis no. 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Namun, para huffaz mengatakan bahawa ia batil sama ada secara marfu ataupun secara mawquf. Sesiapa yang menemui sebab yang mendorong al-A'mash mengucapkan hadith ini, terhadap apa yang dilakukan oleh pemalsu hadith yang menyandarkan hadith ini kepada beliau, maka terbuktilah apa yang dikatakan oleh para huffaz. Dan saya telah menyebutkan berkenaannya dalam al-Mustakhraj 'Ala Musnad al-Shihab.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman