Jantung hati merupakan raja bagi tubuh badan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

القلب ملك البدن، وللملك جنود: فرجلاه بريداه، ويداه جناحاه، وعيناه مسلحته، والأذنان قمع، واللسان ترجمان، والكليتان مكيدة، والرئة نفس، والطحال ضحك، فإذا صلح الملك صلح الجنود، وإذا فسد الملك فسد الجنود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jantung hati merupakan raja bagi tubuh badan dan raja itu memiliki bala tentera, maka kedua kakinya adalah utusannya, kedua tangannya adalah sayapnya, kedua matanya adalah senjatanya, kedua telinganya adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua ginjalnya adalah pemuslihat, paru-parunya adalah nafas, dan limpa adalah tertawa. Oleh itu, apabila baik seseorang raja maka baik jugalah tentera dan apabila jahatnya raja maka jahat jugalah tentera.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis nombor 7527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – موقوفا عليه: ((القلب ملك البدن، وللملك جنود: فرجلاه بريداه، ويداه جناحاه، وعيناه مسلحته، والأذنان قمع، واللسان ترجمان، والكليتان مكيدة، والرئة نفس، والطحال ضحك، فإذا صلح الملك صلح الجنود، وإذا فسد الملك فسد الجنود)). [الدينوري، هب، عب، ((الضعيفة)) (4074)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara mauquf (terputus sanad) kepada baginda SAW: Jantung hati merupakan raja bagi tubuh badan dan raja itu memiliki bala tentera, maka kedua kakinya adalah utusannya, kedua tangannya adalah sayapnya, kedua matanya adalah senjatanya, kedua telinganya adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua ginjalnya adalah pemuslihat, paru-parunya adalah nafas, dan limpa adalah tertawa. Oleh itu, apabila baik seseorang raja maka baik jugalah tentera dan apabila jahatnya raja maka jahat jugalah tentera.
[Riwayat al-Dinawari, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman dan 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4074]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.