Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القلبُ مَلِكُ البدنِ، وللملِكِ جنودٌ : فرِجْلاهُ بريداه، ويداه جَناحاه، وعيناه مَسْلَحَتُه، والأذُنانِ قُمْعٌ، واللسانِ تَرْجُمانٌ، والكِلْيتانِ مَكِيدَةٌ، والرئةُ نَفَسٌ، والطِّحالُ ضَحِكٌ، فإذا صَلَح الملِكُ صَلَح الجنودُ، وإذا فسد الملكُ فسد الجنودُ.
Teks Bahasa Melayu
Jantung hati merupakan raja bagi tubuh badan dan raja itu memiliki bala tentera, maka kedua kakinya adalah utusannya, kedua tangannya adalah sayapnya, kedua matanya adalah senjatanya, kedua telinganya adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua ginjalnya adalah pemuslihat, paru-parunya adalah nafas, dan limpa adalah tertawa. Oleh itu, apabila baik seseorang raja maka baik jugalah tentera dan apabila jahatnya raja maka jahat jugalah tentera.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1476, hadis no. 7527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - موقوفا عليه: ((القلب ملك البدن، وللملك جنود: فرجلاه بريداه، ويداه جناحاه، وعيناه مسلحته، والأذنان قمع، واللسان ترجمان، والكليتان مكيدة، والرئة نفس، والطحال ضحك، فإذا صلح الملك صلح الجنود، وإذا فسد الملك فسد الجنود)). [الدينوري، هب، عب، ((الضعيفة)) (4074)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara mauquf (terputus sanad) kepada baginda SAW: Jantung hati merupakan raja bagi tubuh badan dan raja itu memiliki bala tentera, maka kedua kakinya adalah utusannya, kedua tangannya adalah sayapnya, kedua matanya adalah senjatanya, kedua telinganya adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua ginjalnya adalah pemuslihat, paru-parunya adalah nafas, dan limpa adalah tertawa. Oleh itu, apabila baik seseorang raja maka baik jugalah tentera dan apabila jahatnya raja maka jahat jugalah tentera. [Riwayat al-Dinawari, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman dan 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4074]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman