TEKS BAHASA ARAB
القلب ملك وله جنود فإذا صلح الملك صلح جنوده وإذا فسد الملك فسدت جنوده والأذنان قمع والعينان مسلحة واللسان ترجمان واليدان جناحان والرجلان بريد والكبد رحمة والطحال ضحك والكليتان مكر والرئة نفس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jantung hati itu ialah raja dan ia mempunyai bala tentera, apabila baiknya raja maka baik jugalah bala tenteranya. Apabila rosaknya raja maka rosak jugalah tenteranya. Kedua telinga adalah senjata, kedua mata adalah lubang (untuk memerhati), lidah adalah penterjemah, kedua tangan adalah sayap, kedua kaki adalah utusan, hati adalah tempat rahmat, limpa adalah tempat ketawa, kedua ginjal adalah tempat tipu daya, paru-paru tempat nafas.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 62, hadis nombor 344. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Zahabi berkata: Munkar, Ibn al-Jawzi pula berkata: Palsu. Al-Mu’afiri dalam al-Siraj telah menisbahkan hadith tersebut kepada ‘Abdul Razzaq dalam al-Musannaf dan al-Jami secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) kepada Abu Hurairah. Katanya: Hadith ini tidak diperlukan apabila adanya kalam Nabi dan pancaran hikmah, Rasulullah SAW bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya pada jasad itu adanya seketul daging. Hadith.
[Saya berkata]: Ia turut wujud melalui hadith Abu Sa’id, ‘Aishah, Abu Zar dan ‘Ali secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) dan tidak sahih daripada Nabi SAW.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.