Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Jantung hati itu ialah raja dan ia mempunyai bala tentera

Teks Bahasa Arab

الْقَلْبُ مَلِكٌ وَلَهُ جُنُودٌ فَإِذَا صَلَحَ المَلِكُ صَلَحَتْ جُنُودُهُ وَإِذَا فَسَدَ المَلِكُ فَسَدَتْ جُنُودُهُ وَالأُذُنَانِ قَمْع وَالْعَيْنَانِ مَسْلَحَةٌ وَاللِّسَانُ تَرْجُمَانٌ وَالْيَدَانِ جَنَاحَانِ وَالرِّجْلاَنِ بَرِيدٌ وَالْكَبِدُ رَحْمَةٌ وَالطِّحَالُ ضَحِكٌ وَالْكُلْيَتَانِ مَكْرٌ وَالرِّئَةُ نَفَسٌ.

Teks Bahasa Melayu

Jantung hati itu ialah raja dan ia mempunyai bala tentera, apabila baiknya raja maka baik jugalah bala tenteranya. Apabila rosaknya raja maka rosak jugalah tenteranya. Kedua telinga adalah senjata, kedua mata adalah lubang (untuk memerhati), lidah adalah penterjemah, kedua tangan adalah sayap, kedua kaki adalah utusan, hati adalah tempat rahmat, limpa adalah tempat ketawa, kedua ginjal adalah tempat tipu daya, paru-paru tempat nafas.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 62, hadis no. 344. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Munkar, Ibn al-Jawzi pula berkata: Palsu. Al-Mu'afiri dalam al-Siraj telah menisbahkan hadith tersebut kepada 'Abdul Razzaq dalam al-Musannaf dan al-Jami secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) kepada Abu Hurairah. Katanya: Hadith ini tidak diperlukan apabila adanya kalam Nabi dan pancaran hikmah, Rasulullah SAW bersabda: Ingatlah! Sesungguhnya pada jasad itu adanya seketul daging. Hadith. [Saya berkata]: Ia turut wujud melalui hadith Abu Sa'id, 'Aishah, Abu Zar dan 'Ali secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) dan tidak sahih daripada Nabi SAW.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.