TEKS BAHASA ARAB
جبلت القلوب على حب من أحسن إليها، وبغض من أساء إليها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hati itu diberikan perasaan sayang kepada mereka yang berbuat baik kepadanya, serta perasaan benci kepada mereka yang berbuat jahat kepadanya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis nombor 240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((جبلت القلوب على حب من أحسن إليها، وبغض من أساء إليها)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3326)].
(Bāṭil)
Daripada Abū Hurayrah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Hati itu diberikan perasaan sayang kepada mereka yang berbuat baik kepadanya, serta perasaan benci kepada mereka yang berbuat jahat kepadanya.))
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3326].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.