Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جُبِلَت القلوبُ على حُبِّ مَن أحسَنَ إليها، وبُغضِ مَن أساءَ إليها.
Teks Bahasa Melayu
Hati itu diberikan perasaan sayang kepada mereka yang berbuat baik kepadanya, serta perasaan benci kepada mereka yang berbuat jahat kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 56, hadis no. 240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((جبلت القلوب على حب من أحسن إليها، وبغض من أساء إليها)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3326)].
(Batil) Daripada Abū Hurayrah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Hati itu diberikan perasaan sayang kepada mereka yang berbuat baik kepadanya, serta perasaan benci kepada mereka yang berbuat jahat kepadanya.)) [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3326].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman