Jantung hati adalah raja kepada badan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

القلب ملك البدن، وللملك جنود: فرجلاه بريداه، ويداه جناحاه، وعيناه مسلحته، والأذنان قمع، واللسان ترجمان، والكليتان مكيدة، والرئة نفس، والطحال ضحك، فإذا صلح الملك صلح الجنود، وإذا فسد الملك فسد الجنود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jantung hati adalah raja kepada badan. Dan bagi seorang raja itu tentera-tenteranya. Kedua-dua kaki adalah utusannya, kedua-dua tangan adalah sayapnya, kedua-dua mata adalah pengawalnya, kedua-dua telinga adalah bentengnya, lidah adalah penterjemah, dua buah pinggang adalah (sumber) tipu daya, saluran pernafasan adalah (sumber) nafas, dan organ dalaman adalah (sumber) ketawa. Apabila eloknya raja, maka eloklah juga bala tenteranya dan apabila rosaknya raja maka rosaklah bala tenteranya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 76, hadis nombor 365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – موقوفا عليه: ((القلب ملك البدن، وللملك جنود: فرجلاه بريداه، ويداه جناحاه، وعيناه مسلحته، والأذنان قمع، واللسان ترجمان، والكليتان مكيدة، والرئة نفس، والطحال ضحك، فإذا صلح الملك صلح الجنود، وإذا فسد الملك فسد الجنود)). [الدينوري، هب، عب، ((الضعيفة)) (4074)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara mawquf (sanadnya terhenti pada peringkat Sahabat sahaja): ((Jantung hati adalah raja kepada badan. Dan bagi seorang raja itu tentera-tenteranya. Kedua-dua kaki adalah utusannya, kedua-dua tangan adalah sayapnya, kedua-dua mata adalah pengawalnya, kedua-dua telinga adalah bentengnya, lidah adalah penterjemah, dua buah pinggang adalah (sumber) tipu daya, saluran pernafasan adalah (sumber) nafas, dan organ dalaman adalah (sumber) ketawa. Apabila eloknya raja, maka eloklah juga bala tenteranya dan apabila rosaknya raja maka rosaklah bala tenteranya.))
[Riwayat al-Dainuri, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan ‘Abd al-Razzaq dalam Muṣannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4074].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.