Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jantung adalah rumah tuhan

Teks Bahasa Arab

الْقَلْبُ بَيْتُ الرَّبِّ.

Teks Bahasa Melayu

Jantung adalah rumah tuhan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 131, hadis no. 217. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي وغيره: لا أصل له، وقال ابن تيمية: موضوع، وفي الذيل: هو كما قال.

Al-Zarkashi dan selainnya berkata: Tiada asalnya, dan kata Ibn Taimiyyah: Palsu, dan dalam kitab al-Zayl: Ia seperti yang dikatakan.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.