TEKS BAHASA ARAB
ليس عليك، إن الشام يفتح، ويفتح بيت المقدس، فتكون أنت وولدك أئمة فيهم إن شاء الله، يعني: شداد بن أوس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Usahlah kau merasa begitu (putus asa), sesungguhnya Syam akan dibuka, dan Bait al-Maqdis juga akan dibuka, maka ketika itu kamu dan anakmu akan menjadi pemimpin mereka dengan izin Allah.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis nombor 4361. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن شداد بن أوس-رضي الله عنه-: أنه كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو يجود بنفسه، فقال: ((ما لك يا شداد؟)) قال: ضاقت بي الدنيا، فقال: ((ليس عليك، إن الشام يفتح، ويفتح بيت المقدس، فتكون أنت وولدك أئمة فيهم إن شاء الله، يعني: شداد بن أوس)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6368)].
(Munkar)
Daripada Syaddad bin Aus, beliau berada di sisi Rasulullah SAW dalam keadaan beliau kelihatan berputus asa dan lalu baginda SAW bersabda: "Mengapa denganmu wahai Syaddad?!” Dia berkata: "Dunia menghimpitku". Lalu baginda berkata: “Usahlah kau merasa begitu (putus asa), sesungguhnya Syam akan dibuka, dan Bait al-Maqdis juga akan dibuka, maka ketika itu kamu dan anakmu akan menjadi pemimpin mereka dengan izin Allah.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6368].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.