Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنما بعثتُ فاتحًا وخاتمًا، وأعطيتُ جوامعَ الكلمِ وفواتحَه، واختُصِرَ لي الحديثُ اختصارًا، فلا يُهلكَنَّكم المتهوِّكونَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku telah dibangkitkan sebagai pembuka dan sebagai penutup. Aku telah diberikan ucapan yang menghimpunkan dan pembuka-pembukanya. Diringkaskan hadis untukku seringkasnya. Oleh itu, janganlah orang-orang yang bingung membinasakan kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Qilabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis no. 6417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي قلابة رضي الله عنه أن عمر رضي الله عنه مر برجل يقرأ كتابا فاستمعه ساعة فاستحسنه فقال: أتكتب لي من هذا الكتاب؟ قال: نعم، فاشترى أديما فهنأه ثم جاء به إليه فنسخ له في ظهره وبطنه ثم أتى به النبي صلى الله عليه وسلم، فجعل يقرأ عليه وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يتلون، فضرب رجل من الأنصار بيده الكتاب، وقال: ثكلتك أمك با ابن الخطاب! ألا ترى إلى وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم منذ اليوم وأنت تقرأ عليه هذا الكتاب؟! فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: إنما بعثت فاتحا وخاتما، وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه، واختصر لي الحديث اختصارا، فلا يهلكنكم المتهوكون. [الهروي في ذم الكلام، هب، عب، ((الضعيفة)) (2864)].
(Lemah) Daripada Abu Qilabah RA bahawa 'Umar RA melintasi seorang lelaki yang sedang membaca satu kitab, lalu beliau menumpukan perhatian mendengarnya lalu merasa ia baik. 'Umar pun bertanya: Bolehkah kamu menuliskan untukku kitab ini? Lelaki itu menjawab: Ya, lalu 'Umar pun membeli kulit haiwan, lalu beliau mempersiapkannya. Kemudian 'Umar membawakan kulit itu kepadanya untuk disalin belakang dan depannya. Kemudian 'Umar membawanya kepada Nabi SAW, 'Umar pun membacakannya kepada baginda, Nabi SAW berubah warna wajah, lalu seorang lelaki dalam kalangan Ansar pun memukul kitab itu menggunakan tangannya seraya berkata: Celakalah kamu,wahai Ibn al-Khattab! Kamu tidak lihat pada wajah Rasulullah SAW sewaktu engkau bacakan kitab ini kepada baginda? Nabi SAW pun bersabda ketika itu: Sesungguhnya aku telah dibangkitkan sebagai pembuka dan sebagai penutup. Aku telah diberikan ucapan yang menghimpunkan dan pembuka-pembukanya. Diringkaskan hadis untukku seringkasnya. Oleh itu, janganlah orang-orang yang bingung membinasakan kamu. [Riwayat al-Harawi dalam Zam al-Kalam, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2864]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman