Janganlah temukan aku dengan satu zaman

TEKS BAHASA ARAB

اللهم لا يدركني زمان، ولا تدركوا زمانا، لا يتبع فيه العليم، ولا يستحيا فيه من الحليم، قلوبهم قلوب الأعاجم، وألسنتهم ألسنة العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Janganlah temukan aku dengan satu zaman, dan jangan kamu semua bertemu dengan satu zaman yang mana orang alim ketika itu tidak diikuti, orang yang bijak pula tidak disegani, hati mereka adalah hati golongan ‘ajam (orang bukan Arab) sedangkan lidah mereka pula adalah lidah golongan Arab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis nombor 7177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: اللهم لا يدركني زمان، ولا تدركوا زمانا، لا يتبع فيه العليم، ولا يستحيا فيه من الحليم، قلوبهم قلوب الأعاجم، وألسنتهم ألسنة العرب.
[حم، ابن عبد الحاكم في ((فتوح مصر))، الداني في ((الفتن))، ((الضعيفة)) (1371)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa’d RA bahawa Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah! Janganlah temukan aku dengan satu zaman, dan jangan kamu semua bertemu dengan satu zaman yang mana orang alim ketika itu tidak diikuti, orang yang bijak pula tidak disegani, hati mereka adalah hati golongan ‘ajam (orang bukan Arab) sedangkan lidah mereka pula adalah lidah golongan Arab.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn ‘Abd al-Hakam dalam Futuh Misra dan al-Dani dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1371]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs