Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهم لا يُدْرِكْنِي زمانٌ ، ولا تُدْرِكُوا زمانًا ، لا يُتْبَعُ فيه العليمُ ، ولا يُسْتَحْيَا فيه من الحليمِ ، قلوبُهم قلوبُ الأعاجِمِ ، وألسنتُهم ألسنةُ العربِ
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Janganlah temukan aku dengan satu zaman, dan jangan kamu semua bertemu dengan satu zaman yang mana orang alim ketika itu tidak diikuti, orang yang bijak pula tidak disegani, hati mereka adalah hati golongan ‘ajam (orang bukan Arab) sedangkan lidah mereka pula adalah lidah golongan Arab.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis no. 7177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: اللهم لا يدركني زمان، ولا تدركوا زمانا، لا يتبع فيه العليم، ولا يستحيا فيه من الحليم، قلوبهم قلوب الأعاجم، وألسنتهم ألسنة العرب. [حم، ابن عبد الحاكم في ((فتوح مصر))، الداني في ((الفتن))، ((الضعيفة)) (1371)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa'd RA bahawa Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah! Janganlah temukan aku dengan satu zaman, dan jangan kamu semua bertemu dengan satu zaman yang mana orang alim ketika itu tidak diikuti, orang yang bijak pula tidak disegani, hati mereka adalah hati golongan ‘ajam (orang bukan Arab) sedangkan lidah mereka pula adalah lidah golongan Arab. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn 'Abd al-Hakam dalam Futuh Misra dan al-Dani dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1371]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman