TEKS BAHASA ARAB
ألا لا يركبن أحدكم البحر عند ارتجاجه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah sesiapa daripada kalian menaiki kenderaan laut ketika ia bergelora.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 248, hadis nombor 447. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: خطبة الوداع عن أبي الدرداء رفعه، وأوله: ألا لا يركبن أحدكم البحر عند ارتجاجه.
Dan antaranya, Khutbah al-Wada’ (Khutbah Perpisahan) daripada Abu Dardaa’ yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang dimulakan dengan: Janganlah sesiapa dari kalian menaiki kenderaan laut ketika ia bergelora.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.