Shaz Dengan Lafaz “al-barid”
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُسَافِرُ امرأَةٌ بريداً إلا ومَعَهَا مَحْرَمٌ يَحْرُمُ عليها.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah seseorang wanita itu bermusafir sejauh satu al-barid kecuali ada bersamanya mahram untuk menjadi mahram kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz Dengan Lafaz “al-barid”
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756 - 757, hadis no. 3871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بلفظ (البريد)) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تسافر امرأة بريدا إلا ومعها محرم يحرم عليها)). [د، ابن خزيمة، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5727)]
(Shaz Dengan Lafaz “al-Barid”) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang wanita itu bermusafir sejauh satu al-barid kecuali ada bersamanya mahram untuk menjadi mahram kepadanya. [Riwayat Sunan Abu Daud, Sahih Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5727]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman