Janganlah seseorang kamu potong dari bawah jambang

TEKS BAHASA ARAB

لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن ‌من ‌الصدغين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah seseorang kamu potong dari bawah jambang, tapi dari dua tulang di kiri dan kanan rahang kepalanya (jambang).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis nombor 3852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن ‌من ‌الصدغين)).
[عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (5453)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang kamu potong dari bawah jambang, tapi dari dua tulang di kiri dan kanan rahang kepalanya (jambang).
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5453]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs