Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يأخُذْ أحدُكم من طُولِ لِحْيَتِهِ، ولكن من الصُّدْغَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah seseorang kamu potong dari bawah jambang, tapi dari dua tulang di kiri dan kanan rahang kepalanya (jambang).
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis no. 3852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يأخذ أحدكم من طول لحيته، ولكن من الصدغين)). [عد، حل، خط، ((الضعيفة)) (5453)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang kamu potong dari bawah jambang, tapi dari dua tulang di kiri dan kanan rahang kepalanya (jambang). [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5453]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman