Janganlah seseorang kamu meremehkan dirinya sendiri

TEKS BAHASA ARAB

لا يحقرن أحدكم نفسه. قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقال ثم لا يقول فيه، فيقول الله عز وجل يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah seseorang kamu meremehkan dirinya sendiri. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita sanggup meremehkan dirinya sendiri? Baginda bersabda: Dia melihat sesuatu perkara berkenaan Allah yang sepatutnya dia memberikan kenyataan tapi dia tidak melakukannya, lalu Allah ‘Azza wa jalla berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, Allah berfirman: Hanya kepadaKu yang kamu berhak untuk takut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis nombor 6648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عليه، قال :قال صلى الله عليه وسلم: لا يحقرن أحدكم نفسه. قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقال ثم لا يقول فيه، فيقول الله عز وجل يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى.
[هـ، هق، حم، عبد بن حميد، طس، حل، الأصبهاني، الطيالسي، هب، ((الضعيفة)) (6872)].

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Janganlah seseorang kamu meremehkan dirinya sendiri. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita sanggup meremehkan dirinya sendiri? Baginda bersabda: Dia melihat sesuatu perkara berkenaan Allah yang sepatutnya dia memberikan kenyataan tapi dia tidak melakukannya, lalu Allah ‘Azza wa jalla berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, Allah berfirman: Hanya kepadaKu yang kamu berhak untuk takut.
[Riwayat Ibn Majah, al-Bayhaqi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Asbahani, al-Tayalisi, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6872].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs