Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَحْقِرَنَّ أَحَدُكُمْ نَفْسَهُ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ! كَيْفَ يُحَقِّرُ أَحَدُنَا نَفْسَهُ؟ قَالَ: يَرَى أَمْرًا لِلَّهِ عَلَيْهِ فِيهِ مَقَال ثُمَّ لَا يَقُولُ فِيهِ، فَيَقُولُ اللّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَقُولَ فِيَّ كَذَا وَكَذَا؟ فَيَقُولُ: خَشْيَةَ النَّاسِ، فَيَقُولُ: فَإيَّايَ كُنْتَ أحقَّ أنْ تَخْشَى.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah seseorang kamu meremehkan dirinya sendiri. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita sanggup meremehkan dirinya sendiri? Baginda bersabda: Dia melihat sesuatu perkara berkenaan Allah yang sepatutnya dia memberikan kenyataan tapi dia tidak melakukannya, lalu Allah 'Azza wa jalla berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, Allah berfirman: Hanya kepadaKu yang kamu berhak untuk takut.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis no. 6648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد رضي الله عليه، قال :قال صلى الله عليه وسلم: لا يحقرن أحدكم نفسه. قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقال ثم لا يقول فيه، فيقول الله عز وجل يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى. [هـ، هق، حم، عبد بن حميد، طس، حل، الأصبهاني، الطيالسي، هب، ((الضعيفة)) (6872)].
(Lemah) Daripada Abi Sa'id RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Janganlah seseorang kamu meremehkan dirinya sendiri. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita sanggup meremehkan dirinya sendiri? Baginda bersabda: Dia melihat sesuatu perkara berkenaan Allah yang sepatutnya dia memberikan kenyataan tapi dia tidak melakukannya, lalu Allah 'Azza wa jalla berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, Allah berfirman: Hanya kepadaKu yang kamu berhak untuk takut. [Riwayat Ibn Majah, al-Bayhaqi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Asbahani, al-Tayalisi, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6872].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman