Janganlah seseorang kamu menghina dirinya sendiri

TEKS BAHASA ARAB

لا يحقرن أحدكم نفسه، قالوا: يا رسول الله، كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقام ثم لا يقول فيه، فيقول الله عز وجل يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah seseorang kamu menghina dirinya sendiri. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita boleh menghina dirinya sendiri? Baginda menjawab: Dia melihat sesuatu urusan dalam agama Allah yang perlu dia sampaikan, kemudian dia tidak menyampaikan hingga Allah SWT berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, lalu Allah berfirman: Hanya kepadaKulah kamu berhak untuk takut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis nombor 7091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا يحقرن أحدكم نفسه، قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقام ثم لا يقول فيه، فيقول الله عز وجل يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى.
[هـ، هق، حم، عبد بن حميد، طس، حل، الأصبهاني، الطيالسي، ((الضعيفة)) (6872)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Janganlah seseorang kamu menghina dirinya sendiri. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang kita boleh menghina dirinya sendiri? Baginda menjawab: Dia melihat sesuatu urusan dalam agama Allah yang perlu dia sampaikan, kemudian dia tidak menyampaikan hingga Allah SWT berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalang kamu untuk mengatakan tentangKu sekian sekian? Lalu dia menjawab: Kerana takutkan manusia, lalu Allah berfirman: Hanya kepadaKulah kamu berhak untuk takut.
[Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abd Ibn Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-'Awsat, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Asbahani dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6872]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs