Janganlah seseorang kamu mandi di tanah lapang

TEKS BAHASA ARAB

لا يغتسلن أحدكم في فلاة أو سطح لا يواريه شيء، ولا يقولن أحدكم: إني لا أرى أحداً؛ فإنه إن كان لا يرى؛ فإنه يرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah seseorang kamu mandi di tanah lapang atau bumbung yang tidak ada sesuatu pun yang menutupinya dan janganlah seseorang kamu berkata: Sesungguhnya aku tidak melihat ada sesiapapun, kerana sekalipun dia tidak melihat (adanya sesiapa), dia sedang dilihat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis nombor 6170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: لا يغتسلن أحدكم في فلاة أو سطح لا يواريه شيء، ولا يقولن أحدكم: إني لا أرى أحداً؛ فإنه إن كان لا يرى؛ فإنه يرى.
[عد، ((الضعيفة)) (4818)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’: Janganlah seseorang kamu mandi di tanah lapang atau bumbung yang tidak ada sesuatu pun yang menutupinya dan janganlah seseorang kamu berkata: Sesungguhnya aku tidak melihat ada sesiapapun, kerana sekalipun dia tidak melihat (adanya sesiapa), dia sedang dilihat.
[Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4818]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs