Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَغْتَسِلَنَّ أحدُكم في فَلاةٍ أو سَطْحٍ لا يُوَارِيهِ شيءٌ، ولا يَقُولَنَّ أحدُكم: إني لا أَرَى أحدًا؛ فإنه إن كان لا يَرَى؛ فإنه يُرَى.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah seseorang kamu mandi di tanah lapang atau bumbung yang tidak ada sesuatu pun yang menutupinya dan janganlah seseorang kamu berkata: Sesungguhnya aku tidak melihat ada sesiapapun, kerana sekalipun dia tidak melihat (adanya sesiapa), dia sedang dilihat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis no. 6170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: لا يغتسلن أحدكم في فلاة أو سطح لا يواريه شيء، ولا يقولن أحدكم: إني لا أرى أحداً؛ فإنه إن كان لا يرى؛ فإنه يرى. [عد، ((الضعيفة)) (4818)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA secara marfu': Janganlah seseorang kamu mandi di tanah lapang atau bumbung yang tidak ada sesuatu pun yang menutupinya dan janganlah seseorang kamu berkata: Sesungguhnya aku tidak melihat ada sesiapapun, kerana sekalipun dia tidak melihat (adanya sesiapa), dia sedang dilihat. [Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4818]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman