Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَتَوَضَّأَنَّ أَحَدُكُمْ مِنْ طَعَامٍ أَكلُهُ حِلٌّ لَهُ أَكْلَه.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah seseorang kamu berwuduk kerana makanan yang dimakan olehnya, sedangkan makanan itu halal untuknya.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr al-Siddiq RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1223, hadis no. 6230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أَبي بَكْر الصديق رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يتوضأن أحدكم من طعام أكله حل له أكله. [البزار، عد، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (6423)]
(Munkar) Daripada Abi Bakr al-Siddiq RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Janganlah seseorang kamu berwuduk kerana makanan yang dimakan olehnya, sedangkan makanan itu halal untuknya. [Riwayat al-Bazzar, Ibn 'Adiy, al-Daraqutni dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6423].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman