Janganlah seseorang daripada kamu menghina dirinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لايحقرن أحدكم نفسه. قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقال ثم لا يقول فيه؛ فيقول الله – عز وجل – يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah seseorang daripada kamu menghina dirinya. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang itu dikira menghina dirinya? Baginda bersabda: Dia melihat satu perkara yang padanya dia perlu berkata-kata kerana Allah kemudian dia tidak berkata padanya, lalu Allah berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalangmu untuk berkata begini dan begini? Lalu dia berkata: Kerana takutkan manusia. Lalu Allah berkata: Kepadaku engkau lebih berhak takut dengan sebenar-benarnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis nombor 3329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي سعيد -رضي االله عنه-، قال: قال : «لايحقرن أحدكم نفسه. قالوا: يا رسول الله! كيف يحقر أحدنا نفسه؟ قال: يرى أمرا لله عليه فيه مقال ثم لا يقول فيه؛ فيقول الله – عز وجل – يوم القيامة: ما منعك أن تقول في كذا وكذا؟ فيقول: خشية الناس، فيقول: فإياي كنت أحق أن تخشى». [هـ، هل، حم، عبد بن حميد، طب، حل، الأصبهاني، «الضعيفة» (6872)].

(Lemah) Daripada Abu Said RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seseorang daripada kamu menghina dirinya. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana seseorang itu dikira menghina dirinya? Baginda bersabda: Dia melihat satu perkara yang padanya dia perlu berkata-kata kerana Allah kemudian dia tidak berkata padanya, lalu Allah berfirman pada hari kiamat: Apakah yang menghalangmu untuk berkata begini dan begini? Lalu dia berkata: Kerana takutkan manusia. Lalu Allah berkata: Kepadaku engkau lebih berhak takut dengan sebenar-benarnya.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad dalam al-Musnad, Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6872]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.