Janganlah seseorang daripada kamu belayar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يركبن أحدكم البحر عند ارتجاجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah seseorang daripada kamu belayar di laut ketika ia sedang bergelora.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 223, hadis nombor 711. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هذا أول خطبة الوداع المشهورة، عن أبي الدرداء مرفوعا، وكلها موضوعة على ما قاله الصغاني.

Ini adalah permulaan khutbah Wada’ yang masyhur daripada Abu al-Darda’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Semuanya palsu seperti pendapat al-Saghani.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs