Munkar Dengan Konteks Ini

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah seseorang dalam kalangan kalian mati melainkan dia berbaik sangka kepada Allah

Teks Bahasa Arab

لا يموتنَّ أحدُكم إلَّا وهو يُحسِنُ باللهِ الظَّنَّ؛ فإنَّ قومًا قد أرْدَاهم سوءُ ظنِّهم باللهِ -عزَّ وجلَّ-، فَقَالَ اللهُ -تعالَى-: {وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ}.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah seseorang dalam kalangan kalian mati melainkan dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah. Sesungguhnya terdapat suatu kaum yang sikap buruk sangka mereka kepada Allah ‘Azza wa Jalla telah membinasakan mereka. Allah SWT berfirman: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dalam kalangan orang-orang yang rugi} [Surah Fuṣṣilat ayat 23].

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Konteks Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis no. 7840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن بالله الظن؛ فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله -عز وجل-، فقال الله -تعالى-: {وذلكم ظنكم الذي ظننتم بربكم أرداكم فأصبحتم من الخاسرين})). [حم، ((الضعيفة)) (5831)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Jābir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang dalam kalangan kalian mati melainkan dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah. Sesungguhnya terdapat suatu kaum yang sikap buruk sangka mereka kepada Allah ‘Azza wa Jalla telah membinasakan mereka. Allah SWT berfirman: {Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dalam kalangan orang-orang yang rugi} [Surah Fuṣṣilat ayat 23]. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5831]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.