Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah salah seorang kamu tidur di dalam pakaian yang diletakkan pewarna 'usfur

Teks Bahasa Arab

لا يَنامَنَّ أحدُكم في مُعَصْفَرَةٍ، فإنها مُحْتَضَرَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah salah seorang kamu tidur di dalam pakaian yang diletakkan pewarna 'usfur kerana ia akan didatangi oleh jin atau syaitan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ishmah bin Malik al-Khutami

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis no. 1022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عصمة بن مالك الخطمي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا ينامن أحدكم في معصفرة، فإنها محتضرة)).‏ [طب، ((الضعيفة)) (2366)]

(Palsu) Daripada ‘Ishmah bin Malik al-Khutami RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah salah seorang kamu tidur di dalam pakaian yang diletakkan pewarna 'usfur kerana ia akan didatangi oleh jin atau syaitan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2366]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.