Janganlah salah seorang kamu meminum seperti seekor anjing

TEKS BAHASA ARAB

لا يلغ أحدكم كما يلغ الكلب، ولا يشرب باليد الواحدة كما يشرب القوم الذين سخط الله عليهم، ولايشرب بالليل في إناء حتى يحركه إلا أن يكون إناء مخمرا، ومن شرب بيده وهو يقدر على إناء يريد التواضع، كتب الله له بعدد أصابعه حسنات، وهو إناء عيسى بن مريم عليهما السلام، إذ طرح القدح فقال : أف هذا مع الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang kamu meminum seperti seekor anjing. Janganlah kamu minum dengan satu tangan sebagaimana perbuatan suatu kaum yang Allah murka terhadap mereka. Janganlah seseorang itu minum air di dalam bekas minuman pada waktu malam sehinggalah dia menggerakkannya melainkan ia merupakan bekas minuman yang ditutup. Sesiapa yang meminum dengan tangannya dalam keadaan dia mampu untuk minum daripada bekas dengan tujuan untuk tawaduk (merendah diri), maka Allah akan menuliskan untuknya kebaikan mengikut jumlah jari jemarinya. Ia mengikut perbuatan Nabi ‘Isa bin Maryam ketika beliau mencampakkan bekas lalu berkata: Cis, benda ini adalah kepunyaan dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis nombor 1021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنه -، قال: نهانا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أن نشرب على بطوننا – وهو الكرع – ونهانا أن نغترف باليد الواحدة؛ وقال: ((لا يلغ أحدكم كما يلغ الكلب، ولا يشرب باليد الواحدة كما يشرب القوم الذين سخط الله عليهم، ولايشرب بالليل في إناء حتى يحركه إلا أن يكون إناء مخمرا، ومن شرب بيده وهو يقدر على إناء يريد التواضع، كتب الله له بعدد أصابعه حسنات، وهو إناء عيسى بن مريم عليهما السلام، إذ طرح القدح فقال : أف هذا مع الدنيا)). [هـ، ((الضعيفة)) (2168)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW melarang kami dari meminum dalam keadaan kami berbaring di atas perut-perut kami (meniarap). Kerana ia akan menyebabkan air naik. Begitu juga baginda melarang kami dari meminum air dengan menggunakan satu tangan sahaja. Baginda berkata: Janganlah salah seorang kamu meminum seperti seekor anjing. Janganlah kamu minum dengan satu tangan sebagaimana perbuatan suatu kaum yang Allah murka terhadap mereka. Janganlah seseorang itu minum air di dalam bekas minuman pada waktu malam sehinggalah dia menggerakkannya melainkan ia merupakan bekas minuman yang ditutup. Sesiapa yang meminum dengan tangannya dalam keadaan dia mampu untuk minum daripada bekas dengan tujuan untuk tawaduk (merendah diri), maka Allah akan menuliskan untuknya kebaikan mengikut jumlah jari jemarinya. Ia mengikut perbuatan Nabi ‘Isa bin Maryam ketika beliau mencampakkan bekas lalu berkata: Cis, benda ini adalah kepunyaan dunia.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2168]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs