Janganlah salah seorang kamu berkata: Sesungguhnya aku berpuasa pada keseluruhan bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

لا يقولن أحدكم: إني صمت رمضان كله، قمته كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang kamu berkata: Sesungguhnya aku berpuasa pada keseluruhan bulan Ramadan dan berqiyamullail pada keseluruhan harinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis nombor 1154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا يقولن أحدكم: إني صمت رمضان كله، قمته كله)). [د، ن، حب، ابن حبان، ابن خزيمة، حم، ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (4819)]

(Lemah)
Daripada Abu Bakr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah salah seorang kamu berkata: Sesungguhnya aku berpuasa pada keseluruhan bulan Ramadan dan berqiyamullail pada keseluruhan harinya.
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau, al-Nasa'i dalam Sunan beliau, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ibn Khuzaymah, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 4819]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs