Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَقُولَنَّ أحدُكم: إني صُمْتُ رمضانَ كلَّه، قُمْتُه كلَّه.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah salah seorang kamu berkata: Sesungguhnya aku berpuasa pada keseluruhan bulan Ramadan dan berqiyamullail pada keseluruhan harinya.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis no. 1154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بكر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا يقولن أحدكم: إني صمت رمضان كله، قمته كله)). [د، ن، حب، ابن حبان، ابن خزيمة، حم، ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (4819)]
(Daif) Daripada Abu Bakr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah salah seorang kamu berkata: Sesungguhnya aku berpuasa pada keseluruhan bulan Ramadan dan berqiyamullail pada keseluruhan harinya. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau, al-Nasa'i dalam Sunan beliau, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Ibn Khuzaymah, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 4819]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman