Janganlah salah seorang kalian minum berdiri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يشربن أحد منكم قائما، فمن نسي فليستقئ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang kalian minum berdiri. Sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis nombor 2077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُم قَائِمًا، فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ». [م، «الضعيفة» (927)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah salah seorang kalian minum berdiri. Sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya". [Riwayat Muslim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 927].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.