Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُم قَائِمًا، فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah salah seorang kalian minum berdiri. Sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis no. 2077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُم قَائِمًا، فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ». [م، «الضعيفة» (927)].
(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah salah seorang kalian minum berdiri. Sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya". [Riwayat Muslim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 927].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman