Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla

TEKS BAHASA ARAB

لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله – عز وجل -، فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله، فقال لهم: {وذلكم ظنكم الذي ظننتم بربكم أرداكم، فأصبحتم من الخاسرين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla. Sesungguhnya satu kaum telah dibinasakan oleh sangka buruk mereka kepada Allah, lalu Dia berfirman kepada mereka: "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu (dengan sangkaan kamu yang salah itu). Maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis nombor 2479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: «لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله – عز وجل -، فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله، فقال لهم: {وذلكم ظنكم الذي ظننتم بربكم أرداكم، فأصبحتم من الخاسرين}». [حم، ابن أبي الدنيا في «حسن الظن بالله»، «الضعيفة» (2169)].

(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla. Sesungguhnya satu kaum telah dibinasakan oleh sangka buruk mereka kepada Allah, lalu Dia berfirman kepada mereka: "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu (dengan sangkaan kamu yang salah itu). Maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi". [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya dan Ibn Abī al-Dunyā dalam Ḥusn al-Ẓan Billah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2169].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs