Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla

Teks Bahasa Arab

لا يموتَنَّ أحدُكم إلا وهو يُحْسِنُ الظنَّ باللهِ - عز وجل -، فإن قومًا قد أَرْدَاهم سوُء ظنِّهِم باللهِ، فقال لهم: {وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ، فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ}.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla. Sesungguhnya satu kaum telah dibinasakan oleh sangka buruk mereka kepada Allah, lalu Dia berfirman kepada mereka: "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu (dengan sangkaan kamu yang salah itu). Maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi".

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis no. 2479.

(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: «لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله - عز وجل -، فإن قوما قد أرداهم سوء ظنهم بالله، فقال لهم: {وذلكم ظنكم الذي ظننتم بربكم أرداكم، فأصبحتم من الخاسرين}». [حم، ابن أبي الدنيا في «حسن الظن بالله»، «الضعيفة» (2169)].

(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Janganlah salah seorang kalian meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla. Sesungguhnya satu kaum telah dibinasakan oleh sangka buruk mereka kepada Allah, lalu Dia berfirman kepada mereka: "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu (dengan sangkaan kamu yang salah itu). Maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi". [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya dan Ibn Abī al-Dunyā dalam Ḥusn al-Ẓan Billah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2169].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.