Janganlah salah seorang daripada kalian menutup janggutnya ketika solat, kerana sesungguhnya janggut adalah sebahagian daripada wajah

TEKS BAHASA ARAB

لا يغطين أحدكم لحيته في الصلاة؛ فإن اللحية من الوجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah salah seorang daripada kalian menutup janggutnya ketika solat, kerana sesungguhnya janggut adalah sebahagian daripada wajah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330-331, hadis nombor 1737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((لا يغطين أحدكم لحيته في الصلاة؛ فإن اللحية من الوجه)). [فر، ((الضعيفة)) (5754)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian menutup janggutnya ketika solat, kerana sesungguhnya janggut adalah sebahagian daripada wajah.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5754].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.